SHAH ALAM: Laluan Batang Kali-Genting Highlands dijangka dibuka kepada awam selewat-lewatnya Mei tahun depan, selepas ia dijadualkan siap pada Mac tahun yang sama.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata setakat ini, kerja pembaikan dan penstabilan cerun itu telah mencapai perkembangan sebanyak 38.6 peratus.
"Kita telah bermula (proses pembaikan cerun) pada 28 Mei dan ia dijangka siap 29 Mac 2024. Selepas semua siap, kita akan pertimbang membuka kembali jalan ke Genting Highland itu.
"Kita turut meneliti kaedah teknikal yang sesuai dan mendapati reka bentuk TerraLink wall system paling sesuai dengan keadaan tempat (cerun) yang agak sempit," katanya.
Izham berkata demikian bagi menjawab pertanyaan R. Rajiv (PH-Bukit Gasing) berhubung status tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
DEWAN-SELANGOR (BATANG KALI) 2 (AKHIR) SHAH ALAM
Beliau dalam temu bual bersama Bernama sebelum ini dilaporkan berkata ketika ini jalan tersebut hanya dibuka satu lorong sahaja dan terhad kepada pekerja di kawasan Genting Highlands.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata kejadian curahan hujan, merupakan faktor pencetus utama tragedi tanah runtuh di kawasan tapak perkhemahan di Batang Kali, yang mengorbankan 31 orang pada Disember tahun lepas.
Tragedi 16 Dis 2021, pada kira-kira 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali.
Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Kerja pembaikan dan penstabilan cerun itu telah mencapai perkembangan sebanyak 38.6 peratus. - Gambar fail
Malaysia berpesta gol lagi, belasah Oman 12-1
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring apabila membenam Oman 12-1 dalam aksi kedua kumpulan di Chonburi, Thailand hari ini.
Isteri penyelia jatuh kren terima faedah bulanan Perkeso sepanjang hayat
Balu kepada penyelia kren yang maut ketika menyelenggara ladle crane dekat sini pada 5 Mei lepas, layak menerima Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM2,673 sepanjang hayat.
1,238 penghuni PPR, RSK Johor diberi notis kosongkan rumah - Exco
Seramai 1,238 penghuni PPR dan RSK di Johor telah diberi notis selama 14 hari untuk mengosongkan kediaman mereka setelah didapati melanggar syarat dan terma ditetapkan.
Bakal PM Singapura Wong umum barisan Kabinet
Bakal Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengumumkan barisan Kabinetnya pada Isnin, dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
AWANI Ringkas: Amang seksual terhadap anak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight : 13th May 2024
#AWANITonight with Cynthia Ng
- KKB polls: What led to low youth turnout?
- S'pore incoming PM Wong appoints new deputy in reshuffle
#AWANIenglish #AWANInews
- KKB polls: What led to low youth turnout?
- S'pore incoming PM Wong appoints new deputy in reshuffle
#AWANIenglish #AWANInews
Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.
Malaysia, Qatar setuju pertingkat kerjasama pelaburan pada tahun mendatang - PM Anwar
Malaysia dan Qatar bersetuju mempertingkatkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara pada tahun-tahun mendatang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Poliklinik ATM pertama di Pahang beroperasi tahun depan
Sebuah poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pertama di negeri ini bakal beroperasi tahun depan berhampiran Kem Batu 10 di sini, yang akan memanfaatkan 16,000 anggota termasuk keluarga.
AWANI Tonight: India election enters fourth phase, 177 mil set to vote
The fourth phase of India’s seven-week-long election is currently underway, with more than 177 million voters eligible to vote across 96 constituencies.
Laluan Batang Kali-Genting Highland akan dibuka selewatnya Mei 2024
Setakat ini, kerja pembaikan dan penstabilan cerun itu telah mencapai perkembangan sebanyak 38.6 peratus.